SELAMAT DATANG DI BLOG BOCAH NDALAN

Blog ini berisi tentang pendidikan agama islam yang diasuh oleh ustad ahmad Sa'ad.

Sabtu, 07 Mei 2011

Shalawat Kepada Nabi Muhammad S.A.W.

Rasullullah S.A.W telah bersabda bahawa, " Malaikat Jibrail,
Mikail, Israfil Dan Izrail A.S telah berkata kepadaKu.

Berkata Jibrail A.s.: " Wahai Rasulullah, barang siapa yang membaca
selawat keatasmu tiap tiap hari sebanyak sepuluh kali (10x), maka akan saya bimbing tangannya dan akan saya bawa dia melintasi titian Siratul Mustaqim seperti kilat menyambar."

Berkata pula Mikail A.S.: Mereka yang Berselawat keatas kamu maka aku beri mereka itu minum dari telagamu."

Berkata pula Israfil A.S.: " Mereka yang berselawat kepadamu akan aku sujud kepada Allah S.W.T dan aku tidak akan mengangkat kepalaku sehingga Allah S.W.T mengampuni orang itu."

Malaikat Izrail A.S pula berkata.: " Bagi mereka yang berselawat
keatasmu,akan aku cabut ruh mereka itu dengan selembut-lembutnya seperti aku
mencabut ruh para nabi-nabi."

Apakah kita tidak cinta kepada Rasulullah S.A.W? Para malaikat
Memberi jaminan masing-masing untuk orang-orang yang berselawat keatas
Rasulullah S.A.W.Dengan kisah yang dikemukan ini, diharap pembaca tidak akan melepaskan peluang untuk berselawat ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.Mudah-mudahan kita
menjadi orang-orang kesayangan Allah, Rasul dan para malaikat.

Insya Allah.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar